Assalamualaikum dan salam kesejahteraan buat bloggerz2 sekalian..
post yang ke.......entah.......setelah berkurun lamanya hahhhhaaa....
Ini adalah post WAJIB publish!!
khas buat anak-anak Projek Menggapai Kinabalu 2013 yang disayangi ^^
Satu kegilaan buat aku sebagai seorang pengarah projek bila dalam masa yang sama memegang jawatan dalam JTK kolej kediaman..Tapi sejujurnya bagi aku, ia peluang yang tersangat sangat berbaloi yang tak sepatutnya aku sia-siakan..Being a director for this awesome project, give me such a big wonderful experience..Sangat menyeksakan bila kena tolak tepi assignment2 yang ada bila nak uruskan kerja-kerja projek ni..bukan masa nak study je terganggu, masa nak tido, nak makan pon kena korbankan..meja study bukan bersepah dengan nota-nota, tapi merata-rata ada kertas MK '13..
Bukan sesuatu yang diidamkan, tapi kepuasan yang ingin dikecapi bila mengarah projek sebegini..projek yang menelan belanja hampir berpuluh-puluh ribu ringgit dan terpaksa guna hampir 90% duit sendiri..setiap hari bila bangun dari tidur, setiap kali tengah termenung, pikir macam mana nak usahakan cari dana untuk tampung perbelanjaan projek ni..mulalah munculnya petani-petani muda berjaya, pencuci-pencuci kereta dan pembersih taik hanjing bersijil hahhhaaa..uniknya anak-anak MK '13 bila semuanya gigihhh menekan loceng-loceng rumah dua tingkat dan ke atas sahaja, mencari kerja-kerja part time sebagai pembantu rumah bertauliah!! Bergelen-gelen peluh dilaburkan untuk pulangan dana yang sangat membanggakan buat MK '13 kali ini :)
Alhamdulillah..aku tersangat sangat bersyukur dengan adanya semangat dan bonding yang sangat hebat dalam kalangan 27 orang ajk projek MK '13 ni..dan semakin lama,, bertukarlah senyuman setiap orang kepada gelak ketawa yang mampu membuatkan mak guard di asrama kinabalu memberikan ceramah free, dan mampu membuatkan penghuni-penghuni di rock hostel,taman kinabalu COMPLAINT !! hahhhhaaaahaaa..telinga aku takkan pernah serik kena tegur dengan orang lain sebab kebisingan 27 orang kanak-kanak separa matang ini =='' eh chill laa people!! polis kat airport tu rilex je hahhhaa..
Selama 7 hari yang membina semangat dan kerjasama yang kuat dalam projek ni, membuatkan aku rasa cukup2 bertuah menjadi kepala projek bila semua orang nampak enjoy dan berpuas hati dengan segala perjalanan projek..penerbangan ke Kota Kinabalu di awal pagi lagi dah cukup membuatkan aku risau dengan nasib anak-anak MK '13 yang lain selama berada 7 hari di Sabah.. cukup ke makan diorang nanti? macam mana kalau ada yang sakit nanti? apa yang buat aku lagi takut bila trip ke Gunung Bunga Buah yang tak jadi tu akan berulang lagi untuk trip ke Gunung Kinabalu ni..
1001 kenangan, 1001 juga perkataan yang boleh menggambarkan setiap ajk MK '13 :)
macam-macam ragam, yang pelik, yang jelik..bukan senang nak jumpa peminum tegar minuman yang diperbuat daripada 100% rumput..mereka2 yang mengiktiraf kentut sebagai hobi tetap..hahhhhaa..semakin hari, bila bersama mereka cukup membuatkan kerunsingan yang ada hilang digantikan dengan gelak tawa..walau sebanyak mana air mata mengalir pun disebabkan mereka, aku tak pernah simpan sikit pun rasa kecewa mahupun dendam..satu perkataan yang paling sesuai untuk mereka anak-anak MK '13...HEBATT!! biar impian aku tak tercapai, tapi aku dah rasa cukup bangga bila 13 orang ajk ni mampu berdiri di puncak Gunung Kinabalu, bergambar bersama banner projek :)
Tak sia-sia bila trip ke Gunung Nuang dan Batu Caves dibuat untuk membina stamina semua ajk untuk naik ke Gunung Kinabalu yang sejauh hampir 8.5 km..dah cukup membanggakan bila semua ajk sampai di Laban Rata Resthouse di kilometer ke-6 tepat sebelum jam 4.30 petang :)
rancangan untuk membuat latihan stamina di kaki Genting Highlands untuk membiasakan diri masing-masing dengan keadaan yang sejuk, tak kesampaian..kalau kesampaian sekalipun, tak mungkin sejuk di Genting Highlands boleh disamakan dengan sejuk di Gunung Kinabalu ==''
Aku sendiri rasa berpuas hati bila dapat membawa beberapa perubahan dalam projek ini..semuanya untuk kebaikan yang dirasai bersama oleh ajk2 projek MK kali ini..kunjungan ke Yayasan Sabah, Muzium Sabah, Marine Museum, Masjid Bandaraya, Pantai Tanjung Aru, Pasar Kraftangan, even Wildlife Park pun pergi jugak =='' Alhamdulillah, demi untuk kegembiraan mereka dan satu usaha lagi untuk membina bonding, sedikit duit dana yang dikumpul, digunakan untuk pengangkutan dan tiket masuk :)
mungkin mampu membuatkan ajk2 projek MK yang lepas tu,,jelesssss..hahhhahhhaaaa..banyak yang kita ada, yang mereka tak ada kwang kwang kwanggg :p contohnya,,baju jersey biru yang dipakai oleh semua ajk yang gah dengan tulisan MK '13 :)
Cerita pasal Kinabalu Hostel,Likas, di mana tempat menginap selama 4 hari di Sabah..semua nampak resah dengan bilik mandi shower yang tak berpintu, katil bertingkat yang sedang menanti masa untuk roboh, dan makanan-makanan di kantin hostel yang kekurangan gula dan garam ==''
Tapi bila 2 hari berada di puncak Gunung Kinabalu, semua orang dah rindu nak balik ke Kinabalu Hostel :p
27 orang ajk, mereka jugalah merupakan aset bernilai projek yang masing-masing ada kelebihan..bukan untuk kepentingan diri, semakin hari, setiap orang semakin memahami apa yang aku harapkan dalam projek ni..sebagai ketua, aku tak mengharapkan sedikit pun ucapan terima kasih mahupun kata-kata maaf, tapi cukuplah keseronokan dan kepuasan yang aku dah alami selama bersama mereka..beribu senyuman diukir oleh anak-anak MK '13 sepanjang berada di Sabah, Alhamdulillah aku turut tersenyum :)
Syabas dan tahniah buat semua ajk yang bekerja di bawah biro masing-masing..walaupun hampir separuh ajk adalah pelajar tahun pertama, aku sangat kagum dan berpuas hati dengan segala kerja persiapan yang dibuat..biro domestik yang bertemankan telefon setiap hari untuk dapatkan bas, biro dana yang sediakan tabung kutipan derma yang siap berbunga-bunga, biro program menghadap laptop setiap hari menyusun tentatif, biro tugas2 khas dengan bermacam-macam ubat untuk mereka yang sakit, biro publisiti hasilkan kit, banner dan video :)
BIRO PUBLISITI (Abg, Wiwit, Azam) |
BIRO DOMESTIK (Taufiq, Nina, Amirah, Ezah) |
BIRO PROGRAM (Afiq, Naqiah, Bai, Yazid, Hazzzni) |
BIRO DANA & TAJAAN (Wafy, Bella, Hanum, Faridatul) |
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS (Habib, Fad, Yana, Bella, Syed) |
Sekalung penghargaan juga buat majlis tertinggi projek dan ketua-ketua biro, jof(timbalan pengarah), abbie(setiausaha), farah hafizah(naib setiausaha), lisa(bendahari), amirah(ketua biro domestik), bahiyah(ketua biro program), wiwit(ketua biro publisiti), yana(ketua biro tugas-tugas khas), farah hanum(ketua biro dana&tajaan).. terima kasih juga kepada En Azwan selaku felo penasihat projek ini :)
InsyaAllah projek MK pada tahun akan datang, akan ada lebih banyak pembaharuan yang dibuat..InsyaAllah jugak kalau cukup stamina, memang rasa nak pegi lagi lebih-lebih lagi dengan semua 27 orang ni lagi :) terima kasih anak-anak MK '13 yang sudi untuk menyertai projek ini, terima kasih atas segala masa yang dikorbankan untuk projek ini, dan terima kasih atas segala detik-detik manis yang dicoretkan dalam projek ini :) I'm really proud of you guys..
Gunakanlah segala ilmu dan pengalaman yang anda dapat dalam projek ini, untuk projek-projek lain nanti..walaupun projek ini takkan diiktiraf sebagai projek terbaik, projek ni akan tetap jadi projek terbaik buat kita 27 orang ni :)
"Teratas di Persada Perdana"
We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone