17 August 2012

Salam Lebaran..


~syafiq bahari~

14 August 2012

Noor Afizal terlepas hukum dunia?

Hari ni ketika sedang membelek fb, tiba-tiba ternampak "benda alah" ni..saja nak post sebab rasa isu ni macam nak jadi "hotstuff" !! hahhaaa, so, apa komen anda??

Pendapat saya, tengok headline kat bawah ni pon dah boleh sentapkan jutaan rakyat Malaysia..especially untuk kaum wanita dan mereka yang ada anak perempuan tu..hahhaa..
kalau macam ni lah gayanya, semakin lama semakin ramai lah perogol kat Malaysia ni..ape kes ?? lu pikir la sendiri..


haaaaaa...yang ni pulak jumpa kat google image...fuhhhhhyooooo dahsyat2!!


~syafiq bahari~

10 August 2012

Restoran Chop N Steak

Assalamualaikum w.b.t..

Alhmdulillah Ramadhan kali ni dapat iftar sekali lagi bersama rakan-rakan sekolah menengah dulu..
So, nak buat review sikit pasal restoran yang aku pilih untuk berbuka puasa kali ni :)

Restoran Chop N Steak atau lebih dikenali sebagai cawangan restoran Steak House,yang menjadikan makanan yang bertemakan barat atau western sebagai hidangan utama mereka..Restoran ni kalau tak silap ada tiga cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, yang aku pergi ni kat Serdang..

Macam-macam wooo menu dia..dan yang paling penting dengan harga yang sangat sangat berpatutan..kira memang berbaloi la kalau nak makan ramai-ramai kat sini :) haaa..x percaya, cer tengok menu kat bawah ni..

ni antara minuman yang terdapat kat restoran ni

ni menu makanan..nyummm2 :)

Dari mula-mula melangkah masuk ke restoran ni sampailah melangkah keluar balik, semua part memang aku puji..layanan pekerja-pekerja dia memang bagus, tunggu makanan pun memang tak lama, dan yang paling utama mestilah kebersihan dan suasana sekitar restoran..5 bintang !! :)





Kat bawah ni antara makanan dan minuman yang kiteorang order...enjoy :)

CHICKEN MERRYLAND...RM10.90

CHICKEN CHOP...RM8.90

CHICKEN GOLDEN BLUE...RM10.90

THAI HONEY COCONUT...RM4.00

MANGO JUICE...RM2.50
Ok..dah habis..sebelum tu, kepada sesiapa yang nak datang makan kat restoran ni boleh la rujuk sedikit info kat bawah ni :

UNTUK TEMPAHAN MEJA 
012-2570952

ALAMAT 
Cawangan Seri Kembangan
No. 20, Jalan 6/10,
PKNS Seri Kembangan,
73300 Seri Kembangan,
Selangor



~syafiq bahari~

09 August 2012

Usahawan Muda : Azlan Mustaffa

Assalamualaikum..w.b.t
Salam ramadhan al-mubarak :)

Post kali ni bukan nak cerita pasal usahawan MLM..hahhhaaa
Bila sebut pasal keusahawanan mesti orang fikir satu bidang kerja yang keuntungannya pun belum tentu berapa banyak kan..ramai orang, even fresh graduate dari kos Sains or Perubatan pon ada juga yang ceburi bidang keusahawanan ni sama ada secara sepenuh masa atau sekadar sampingan je..
teringat satu forum yang aku hadiri masa Kem Jati Diri HEP dulu, yang membincangkan topik penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan selepas tamat belajar..ada dua ahli panel yang mempunyai pendapat yang berbeza..satu, menyokong, satu lagi tak menyokong..anda pulak? hahhaaa bagi aku la, semuanya bergantung kepada minat dan usaha diri sendiri..kalau otak kita dah fikir yang keusahawanan ni bukan dunia kita, dah tentunya takkan boleh berjaya :)
Lagi satu, apa yang bagusnya bidang keusahawanan ni, dia dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita yang semakin menjadi-jadi sekarang ni..so, kalau agak-agak tak nak jadi penganggur terhormat, boleh dah la pikir nak buat bisness ape hahhaaa :p


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, nak story sikit pasal sorang usahawan muda yang sangat gigih
berniaga tiap2 hari dalam bulan Ramadhan ni..apa yang buat aku kagum dengan member aku sorang ni, dia sanggup berniaga setiap malam walaupun kelas die full dari pagi sampai petang..
haa..ni la orangnya...

AZLAN MUSTAFFA bersama "sugar M" nya :)
kalau korang nak tau, family Azlan ni ada bisness kedai makan sambil berniaga pasu macam labu sayong..
tapi setiap tahun sebulan sebelum nak raya, Azlan ni akan sibuk tolong bisness ayah dia jual lampu kelip2..macam-macam jenis ada woooo..kalau tak percaya boleh datang kedai dia, sangat meriah dengan lampu warna-warni..

Setiap malam lepas terawikh, kadang-kadang aku datang lepak kat kedai lampu dia ni..




Setiap hari lepas habis kelas waktu petang, lepas dah berbuka puasa, Azlan buka kedai dalam pukul 9 lebih laa..sampai la hampir 2 pagi baru tutup kedai..
penat tu dah tentu la penat, ulang alik dari PJ ke Sungai Besi :o
tapi...............muka dia sikit pun tak nampak penat..
kalau aku la jadik dia, mencanak gak nak buat camtu hari-hari..
Ada satu hari tu mase aku tengah lepak-lepak, hampir berturut-turut jugak customer datang beli lampu kat kedai dia..untong wooo!! nampak tak antara benefit jadik usahawan ni :)

Teringat pulak masa hari usahawan UM last year ==''

nampak macam senang je pikir nak jual itu la, ini laa..idea semua gempak..
apa yang penting sebenarnya perlaksanaan benda tu, kalau sorang je yang semangat buat pun tak boleh jadik jugak..maksudnya, tak kisah la kita nak jual apa pun, asalkan usaha nak melaksanakan tu betul dan efektif!!
jual ais krim malaysia yang 20 sen tu pun kalau kena dengan caranya, konfem boleh untong jugak :)

ok..dah..cukup lah kot nak bagi tau kisah si Usahawan Muda ni :)

siapa-siapa yang nak beli lampu kelip-kelip nak bat raya, datang la kedai Azlan Mustaffa ni..
kat Sungai Besi ni, memang takde lagi kedai yang jual lampu-lampu raya..

kesimpulannya, jangan takut nak cuba benda-benda yang baru..haa macam bidang keusahawanan ni..

masa muda-muda camni laa nak kena belajar benda-benda baru kan hahhaaa..
yang penting confident, kena berani..okbai.

to Azlan : i'm really proud of you..you have an awesome entrepreneurial spirit..keep it up bro!! :)

After working for 14 years on Wall Street and growing up in a family with strong roots in small business, I know how important the entrepreneurial spirit is to attaining the American dream.
by Ellen Tauscher

~syafiq bahari~