09 August 2012

Usahawan Muda : Azlan Mustaffa

Assalamualaikum..w.b.t
Salam ramadhan al-mubarak :)

Post kali ni bukan nak cerita pasal usahawan MLM..hahhhaaa
Bila sebut pasal keusahawanan mesti orang fikir satu bidang kerja yang keuntungannya pun belum tentu berapa banyak kan..ramai orang, even fresh graduate dari kos Sains or Perubatan pon ada juga yang ceburi bidang keusahawanan ni sama ada secara sepenuh masa atau sekadar sampingan je..
teringat satu forum yang aku hadiri masa Kem Jati Diri HEP dulu, yang membincangkan topik penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan selepas tamat belajar..ada dua ahli panel yang mempunyai pendapat yang berbeza..satu, menyokong, satu lagi tak menyokong..anda pulak? hahhaaa bagi aku la, semuanya bergantung kepada minat dan usaha diri sendiri..kalau otak kita dah fikir yang keusahawanan ni bukan dunia kita, dah tentunya takkan boleh berjaya :)
Lagi satu, apa yang bagusnya bidang keusahawanan ni, dia dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita yang semakin menjadi-jadi sekarang ni..so, kalau agak-agak tak nak jadi penganggur terhormat, boleh dah la pikir nak buat bisness ape hahhaaa :p


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, nak story sikit pasal sorang usahawan muda yang sangat gigih
berniaga tiap2 hari dalam bulan Ramadhan ni..apa yang buat aku kagum dengan member aku sorang ni, dia sanggup berniaga setiap malam walaupun kelas die full dari pagi sampai petang..
haa..ni la orangnya...

AZLAN MUSTAFFA bersama "sugar M" nya :)
kalau korang nak tau, family Azlan ni ada bisness kedai makan sambil berniaga pasu macam labu sayong..
tapi setiap tahun sebulan sebelum nak raya, Azlan ni akan sibuk tolong bisness ayah dia jual lampu kelip2..macam-macam jenis ada woooo..kalau tak percaya boleh datang kedai dia, sangat meriah dengan lampu warna-warni..

Setiap malam lepas terawikh, kadang-kadang aku datang lepak kat kedai lampu dia ni..




Setiap hari lepas habis kelas waktu petang, lepas dah berbuka puasa, Azlan buka kedai dalam pukul 9 lebih laa..sampai la hampir 2 pagi baru tutup kedai..
penat tu dah tentu la penat, ulang alik dari PJ ke Sungai Besi :o
tapi...............muka dia sikit pun tak nampak penat..
kalau aku la jadik dia, mencanak gak nak buat camtu hari-hari..
Ada satu hari tu mase aku tengah lepak-lepak, hampir berturut-turut jugak customer datang beli lampu kat kedai dia..untong wooo!! nampak tak antara benefit jadik usahawan ni :)

Teringat pulak masa hari usahawan UM last year ==''

nampak macam senang je pikir nak jual itu la, ini laa..idea semua gempak..
apa yang penting sebenarnya perlaksanaan benda tu, kalau sorang je yang semangat buat pun tak boleh jadik jugak..maksudnya, tak kisah la kita nak jual apa pun, asalkan usaha nak melaksanakan tu betul dan efektif!!
jual ais krim malaysia yang 20 sen tu pun kalau kena dengan caranya, konfem boleh untong jugak :)

ok..dah..cukup lah kot nak bagi tau kisah si Usahawan Muda ni :)

siapa-siapa yang nak beli lampu kelip-kelip nak bat raya, datang la kedai Azlan Mustaffa ni..
kat Sungai Besi ni, memang takde lagi kedai yang jual lampu-lampu raya..

kesimpulannya, jangan takut nak cuba benda-benda yang baru..haa macam bidang keusahawanan ni..

masa muda-muda camni laa nak kena belajar benda-benda baru kan hahhaaa..
yang penting confident, kena berani..okbai.

to Azlan : i'm really proud of you..you have an awesome entrepreneurial spirit..keep it up bro!! :)

After working for 14 years on Wall Street and growing up in a family with strong roots in small business, I know how important the entrepreneurial spirit is to attaining the American dream.
by Ellen Tauscher

~syafiq bahari~

No comments:

Post a Comment