30 July 2012

Masakan ibu..paling sedap?

Assalamualaikum w.b.t :)
hari ni nak post pasal makanan pulak hahhaa.. sempena bulan puasa? kot..
jangan risau..insyaAllah saya akan kurangkan letak gambar2 makanan kat sini hahha
nanti tak pasal2 ade orang KL berbuka ikut waktu Sabah lak :p

haa kalau tanye membe2 pasal masakan ibu ni, memang majoriti setuju dengan kelazatan kelas pertama!! hahaaa..tambah2 lagi buat mereka yang duduk hostel, rumah sewa ke..sebab jarang2 dapat rasa masakan ibu..bile balik rumah je, konfem dapat lauk favourite!! ^^
bagi aku pulak, sejak 20 tahun yang lepas lagi dah memang disajikan dengan masakan-masakan yang fresh daripada air tangan mak aku..orang kata, kalau dah biasa dengan masakan seseorang tu, memang susah kita nak terima masakan orang lain..hahaa fakta? masa duduk asrama time form 4 dulu, ni la first time aku jarang2 dapat rasa masakan ibu..time tu memang susah yang teramat sangat nak terima masakan kat dewan makan..hari2 lepas makan kat situ, hasilnya keluar complaint balik dari mulut aku hahhaa..
bukan tak berapa sedap tapi memang tak sedap :p

tapi, sekarang ni dah memang jarang jugak la makan kat rumah sejak masuk universiti..memang time cuti semester tak pun hujung2 minggu je dapat rasa :( nasib baik la makanan kat kolej sedap jugak :)
kalau aku balik rumah, konfem ade je lauk yang sedap2
IKAN KELI MASAK LEMAK CILI API, TEMPE GORENG(ni favourite),
DAGING MASAK LADA HITAM, IKAN SIAKAP TIGA RASA,
macam-macam lagi laa..

kalau time cuti semester lak, memang aku duduk rumah je la..mesti ade je makanan yang pelik2 atas meja..
contohnye,
KEK MARBLE, MUFFIN BOLA2(tak tau ape name die),
KEK COKLAT, KEK OREN, TRIFFLE, COCKTAIL(ni favourite 4 ever)
mak aku ni suka buat makanan yang dia tak pernah buat, belek2 resepi, pastu buat
yang aku pelik, tak pernah pulak tak jadi..kalau aku ikut resepi internet, konfem hampehhh =OO=

haa ni la salah satu contoh menu terbaru yang aku baru nampak mak aku aktif buat start 2 bulan lepas..
jiran-jiran sebelah pon boleh datang nak belajar buat kek ni.. sedaaapppp :)
aku tak tau ape nama kek ni, yang pastinya bawah tu KEK MARBLE, atas pulak PUDING KARAMEL(kot...)
aku memang tak tanya nama makanan, main bedal je hahhaaa ^^
sedikit fakta mengenai masakan ibu ni..
menurut satu kajian dekat London, majoriti lelaki lebih menyukai masakan ibu berbanding isteri mereka :o
(so.........isteri-isteri lepas ni kena belajar masak dari ibu mertua hahhaaa :p)
alasan mereka, masakan ibu dimasak secara tradisional dan menjadi lebih enak..ok yang ni memang fakta sebab kalau kita tengok jarang-jarang sekali ibu kita menghidangkan masakan segera dan lebih suka memasak makanan kegemaran kita..kan?? ^^

dulu masa aku form 5, ada la terbaca artikel mengenai seorang pelajar cemerlang SPM, tak ingat pulak nama dia siapa..pelajar ni cakap, antara faktor penyumbang kecemerlangan dia ialah masakan ibu :)
so, kalau nak pandai, tak perlu beli kismis satu balang, makan je masakan ibu banyak2 :)

kesimpulannya, inilah yang dikatakan penangan 'air tangan' ibu..air tangan secara hakikatnya ialah aliran kasih sayang semasa ibu-ibu kita memasak makanan untuk kita ..setuju?
renung-renungkan dan selamat beramal....

itu je la nak tulis pasal masakan ibu ni..
stay tuned..tunggu post yang seterusnya :)



~syafiq bahari~

2 comments: