27 July 2012

Mencoret kenangan lagi..

Assalamualaikum bloggers :)


Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa, selamat menempuh bulan Ramadhan yang dilimpahi dengan seribu keberkatan ini.. Semoga Ramadhan kali ini akan memberi seribu satu makna buat kita semua sebagai seorang muslim insyaAllah :)


Alhamdulillah..bulan puasa tahun ni sekali lagi dapat bersama-sama berpuasa dengan keluarga yang tersayang..dan yang paling penting, sekali lagi berpuasa tahun ni sebagai seorang penganggur terhormat hahhaa..sebagai seorang penganggur tahun ni pulak, aktiviti harian termasuklah bangun pada jam 12 tengah hari (AT LEAST!!), pegi jemput "tuan puteri" balik dari sekolah, marathon tanpa sijil penyertaan, siapkan task2 PM..hurmm, secara keseluruhan memang lebih banyak aktiviti tak berfaedah daripada yang berfaedah..post kali ni tak nak huraikan lagi kisah penganggur terhormat ni..tapi nak tulis pasal hidup kat UM sebagai pelajar tahun pertama :)


Sebelum tu, rasa bersyukur sangat2 dah selamat menempuh tahun pertama di Universiti Malaya sebagai seorang mahasiswa..macam biasa, ada manis, ada pahit..suam2 kuku pon ade jugak..cerita pasal kolej, study, projek, macam2 lagi la..

Haaa inilah Kolej Kediaman Kinabalu, tempat berteduh siang malam..







secara jujurnya, mula-mula masuk kolej ni memang tak best langsung..sikit pon takde rase best..macam2 tak kena..tandas banyak tapi pintu rosak, flush jamban tapi rosak, bilik yang agak sempit terpaksa berkongsi dengan roommate berlainan bangsa pulak..siiighhhh~ mungkin sebab aku dah biasa dengan kolej 12, sebab tu lah tak dapat terima keadaan kolej yang macam ni kot.. roommate semuanya problem2 belaka..hahhaa ade je yang tak kena..

tapi.....alhamdulillah, hidup lagi selepas setahun jadik penghuni kat kolej ni..tak tahu kenapa, tapi memang dah rasa selesa sangat2 dengan kolej ni..hahhaaa KINABALU DI HATIKU!! ;) don't judge a college by its building..hahhaaa..insyaAllah, aku akan teruskan perjuangan lagi di kolej kinabalu ni tahun kedua nanti :)

haaa..ni pulak fakulti aku..


lecture2 first year ni takde la rase bosan sangat kecuali subjek2 yang memang bosan..tapi lecture2 pukol 8 pagi memang ANTI !! teeeetttttttt..tambah2 lagi bila kene naik kompleks dewan kuliah tu pagi2..gile mencanak-canak mata tahan ngantok!! 

untuk tahun pertama ni, lecture semua tak fokus kepada majoring course lagi..semua subjek2 yang dah belajar masa asasi dulu..tapiiii exam tetap KO jugak..haiihhhhh..

sepanjang duduk dekat UM ni banyak jugak la join program2 selain mengadap buku..
contohnya macam ni..

PROJEK PESTA KEBUDAYAAN CINA
ni salah satu projek kolej aku, benefit join projek ni dapat belajar la buday2 orang cina
dan malam kebudayaan cina mase malam penutupan projek ni sangat gempak..
UMCARES CAPACITY BUILDING CAMP
ni kem 3 hari kat fakulti sains..belajar pasal penghasilan video secara teknikal dan content..
best la jugak sebab dapat belajar buat video secara terperinci lagi free of charge hihiii :D
KEM JATI DIRI HEP
haaa yang ni best..kem percuma!! hahhaa..dah la free, tempat tido,makan,aktiviti sume first class..

agak best jugak la buat bende2 alah ni sume walaupun ade orang lain cakap PERLU KE?? ==''
join projek2 kolej ni bukannya satu keperluan je, memang sepatutnya perlu untuk benefit diri sendiri jugak..macam2 kot boleh belajar..disebabkan projek2 kolej ni la aku jadi sayang dengan kolej hahhaa :)

dan pilihan untuk aku menjadi pembantu mahasiswa pun memang tak rugi..peluang ni bukan senang nak dapat..sekali seumur hidup pon belum tentu..walaupun ramai yang tak sanggup nak menggalas beban sebagai seorang PM ni..orang kata, belum cuba belum tahu..

haaa..nilah dia..PM2 KOLEJ KINABALU :) hungga!! hungga!!

berakit semasa kem PM :)

secara kesimpulannya, UM dan kolej kinabalu dah coretkan seribu satu kenangan lagi dalam hidup aku :)



“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
by Dr. Seuss


~syafiq bahari~

1 comment: