24 April 2011

Penunggu Istana..sejauh mana kebenarannya?

assalamualaikum.. post hot screen kali ni pasal filem seram yang mula ditayangkan 21 April 2011..
filem ni kalau x silap filem yang bergenre aktiviti pencarian paranormal yang pertama di Malaysia
so, ni salah satu jugak la tarikan movie ni..selain ade menampilkan team Seekers..





official trailer Penunggu Istana

sedikit tentang sinopsis ceritenye,,
mengikut sumber, cerite ni adalah benar..semua footage yang dipaparkan adalah yang asal..
sekumpulan pelajar yang menjalankan tugasan universiti mereka dengan membongkar misteri di sebalik sebuah istana di Papan,Perak yang dinamakan Istana Raja Billah.. istana ni wujud sejak tahun 1896 lagi dan memang nampak telah ditinggalkan dalam jangka masa yang panjang..istana ni jugak pernah dijadikan tapak penggambaran Warkah Terakhir..mengikut kata beberape krew filem Warkah Terakhir ni, memang pernah berlaku perkare2 aneh semasa penggambaran dijalankan.. so, penyelidikan oleh 5 orang pelajar ni berjaye membuktikan kewujudan aktiviti paranormal di istana Billah ni dengan mendedahkan footage2 yang agak 'real'..


Istana Raja Billah, Perak





aku respect la dengan student2 ni sebab diorang berani dan yakin dengan pendirian diorang..
bukan senang nak buat pendedahan macam ni..
aku x melepaskan peluang jugak untuk tengok movie ni kat pawagam..
komen tentang filem ni :


1. ade nilai tersendiri sebab belom pernah ade lagi filem macam ni 
2. memang akan ade penonton yang was2 akan kebenarannye
3. permulaan ceritenye agak membosankan sebab banyak scene2 pertelingkahan


tapi, keseluruhannye, memang puas hati tengok..
aku sebagai penonton pon memang banyak persoalan selepas tengok filem ni..
balik terus google cari info pasal cerite ni..hmm..mmg ternyate memang ramai penonton yang ragu2 dengan kebenaran cerite ni..memang terpulang kepade mereka sendiri untuk percaye atau tidak..
so,, korang semua jangan lepaskan peluang untuk tengok cerite ni..konfem puas hati !!


ape2 pon, takziah juga buat ahli keluarga pelajar yang meninggal semase melakukan tugasan ni..



~syafiq bahari~

No comments:

Post a Comment